Ticket FESTIVAL MEMANCING AGRO SELANGOR @ Shah Alam 2026 – 26 Julai 2026
RM100.00
Out of stock
SYARAT PERTANDINGAN FESTIVAL MEMANCING AGRO SELANGOR @ SHAH ALAM 2026
1. Terbuka kepada warganegara MALAYSIA sahaja yang berumur 16 tahun ke atas dan peserta wajib mempunyai akaun bank bagi urusan pembayaran kepada pemenang. Warganegara asing adalah tidak dibenarkan
2. Acara akan dimulakan pada jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari.
3. Penyertaan akan ditutup pada jam 9.00 pagi pada hari pertandingan. Sebarang bantahan tidak akan diterima.
4. Satu (1) pendaftaran hanya untuk satu (1) joran sahaja
5. Hanya kategori ikan terberat sahaja yang dipertandingkan dan setiap pemenang hanya layak memenangi satu (1) hadiah sahaja.
6. Sekiranya terdapat dua (2) atau lebih peserta memperoleh berat tangkapan yang sama, peserta yang merekodkan masa tangkapan paling awal akan diisytiharkan sebagai pemenang.
7. Peserta harus mendapatkan slip masa tangkapan daripada Marshall yang bertugas sebaik sahaja tangkapan dinaikkan ke darat. Slip masa tangkapan haruslah dibawa oleh peserta bersama tangkapan dan joran ke tempat menimbang.
8. Joran yang berdaftar dan mempunyai pelekat sahaja boleh digunakan sepanjang masa pertandingan. Penganjur berhak membatalkan penyertaan sekiranya peserta melanggar syarat-syarat penggunaan joran.
9. Satu (1) joran hanya untuk satu mata kail sahaja.
10. Bagi tangkapan yang mata kailnya terkena pada badan ikan (tidak dalam mulut) tangkapan berkenaan tidak akan dikira.
11. Penggunaan umpan mata tiga, tiga mata berangkai, koyan, pelampung, umpan tiruan, mata bom dan rambai dan organ haiwan adalah dilarang sama sekali.
12. Tidak dibenarkan memasang pancang dan menanda tempat sebelum hari pertandingan.
13. Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan sekiranya peserta membatalkan penyertaan. Resit mesti dibawa pada hari pertandingan sebagai bukti penyertaan.
14. Peserta yang gagal mematuhi syarat-syarat penyertaan akan dibatalkan. Keputusan hakim adalah muktamad.
15. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas kemalangan, kehilangan harta benda, sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
16. Semua jenis ikan yang terdapat di kawasan pertandingan layak dipertandingkan kecuali Ikan Keli dan Ikan Bandaraya.
17. Semua tangkapan hendaklah diperoleh di dalam kawasan pertandingan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur iaitu di Tasik Barat, Taman Tasik Shah Alam.
18. Semua berat ikan adalah berdasarkan timbangan rasmi penganjur sahaja. sebarang timbangan lain tidak akan diterima.
19. Pihak penganjur berhak meminda syarat pertandingan atau membatalkan pertandingan sekiranya berlaku cuaca buruk, faktor keselamatan atau keadaan luar jangka.
20. Hadiah pemenang utama (Juara, tempat ke-2, tempat ke-3 dan tempat ke4) boleh dituntut di Pejabat Exco Infrastruktur & Pertanian Selangor selepas hari pertandingan waktu bekerja.
21. Pemenang saguhati (tempat ke-5 hingga ke-100) akan dibayar secara tunai semasa acara penyampaian hadiah.
22. Peserta digalakkan mengamalkan kebersihan sepanjang tempoh pertandingan berlangsung dengan membuang sampah di dalam tong sampah yang disediakan.
Dengan mendaftar pertandingan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju mematuhi semua syarat pertandingan yang ditetapkan oleh pihak penganjur.



